Monday, October 19, 2009

Delegasi Kelab Pemimpin Utara (KPU) ke Brunai

Delegasi Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah mengadakan lawatan awal dalam usaha meluaskan perniagaan HPA di negara Brunei Darussalam. Brunei merupakan salah sebuah negara Islam yang terkaya di dunia. Sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di sana menjanjikan syiar Islam terus terpelihara dan berkembang maju. Hampir 100% penduduknya beragama Islam.

Delegasi KPU Teroka Dan gempur Brunei Darussalam

Pemimpin KPU mengintai peluang HPA di Negara Brunei Darussalam

Atas dasar tanggungjawab bersama memikul amanah Allah SWT dan menunaikan tuntutan fardu kifayah, maka PJS Syed Ageel, PJS Syed Salahuddin, PJ Ustaz Mohd Nazri Abu Zarin (dari Darul Quran), PJ Sharifah Noorol Hayat (dari Terengganu) dan PJ Ustaz Yusof telah mengorak langkah meneroka dan mengintai peluang di negara tersebut.

Akhirnya delegasi ini berjaya juga mengadakan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) pada 08 JULAI 2009 yang lalu di Bandar Seri Begawan. Seramai 20 peserta telah hadir. Walau pun kehadiran peserta tidak ramai, namun ia merupakan momentum awal bahawa HPA pastinya akan terus bergegar dengan kehadiran para pemimpin yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

Perkongsian Bijak Cemerlang Brunei

Perkongsian Bijak Cemerlang Brunei

Para PJS KPU bergambar kenangan dengan peserta PBC

Lawatan dan PBC awal ini merupakan pemangkin ke arah pemantapan PBC seterusnya yang akan diadakan pada bulan Ogos ini. Dijangka pada Ogos ini beberapa PJS dari KPU akan hadir. Antaranya PJS Ismail Othman, PJS Mohd Nadzri Ahmad dan PJS Sharifah Sulaiman.

Delegasi KPU Teroka Dan gempur Brunei Darussalam

PJS KPU bersama pemimpin dan penggerak HPA di Brunei

Semoga lawatan awal ini akan membuahkan hasil berganda, ditunjangi dengan gandingan mantap bagi memastikan HPA sentiasa berada di persada antara bangsa dalam merealisasikan perjuangan memartabatkan produk halalan toyyiba.

Sumber : Blog KP

No comments:

Post a Comment